Tuesday, May 8, 2012 |
0
comments
- Doa memulakan ulangkaji
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ
فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ
الْمُقَرَّبِيْنَ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ
مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ.
Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon
daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya
Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan
takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang
Engkau kehendaki.”
- Doa selepas mengulangkaji
اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ
مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ
إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.
Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya
aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia
kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas
segala sesuatu.”
Doa Pada Hari Peperiksaan...Dicadangkan agar doa-doa berikut
diucapkan pada hari peperiksaan, iaitu sebelum dan semasa peperiksaan
berlangsung:
1. Ketika memasuki dewan
peperiksaan:
وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ
صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا
نَصِيرًا
Maksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai
Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta
keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan
berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang
menolongku.”
2. Ketika menerima kertas soalan:
قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي.
وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي.
Maksudnya: “Wahai Tuhanku,
lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah
simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”
3. Ketika sukar menjawab:
ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ،
بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ.
Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha
hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon
pertolongan.”
4. Atau:
اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا
جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً.
Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada
kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan
engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika
Engkau kehendaki.”
5. Jika anda terlupa jawapan:
اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ
لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ.
Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang
menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan
dan maklumat yang hilang daripadaku
Semoga berjaya dunia dan akhirat...