DOA-DOA DI MUSIM PEPERIKSAAN




  • Doa memulakan ulangkaji

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ.

Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”


  • Doa selepas mengulangkaji

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.
Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.”





Doa Pada Hari Peperiksaan...Dicadangkan agar doa-doa berikut diucapkan pada hari peperiksaan, iaitu sebelum dan semasa peperiksaan berlangsung:


1. Ketika memasuki dewan peperiksaan:

وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا

Maksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”



2. Ketika menerima kertas soalan:

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي.

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”


3. Ketika sukar menjawab:

ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ.

Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.” 



4. Atau:

اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً.

Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”



5. Jika anda terlupa jawapan:

اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ.

Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku





Semoga berjaya dunia dan akhirat...

Ingat Mati Sementara Masih Hidup

Umat Islam sekarang suka berseronok dan bersuka ria. Apabila berbicara tentang mati, mereka hanya mengakui bahawa mati itu pasti datang. Sedikit sahaja yang mengambil langkah persediaan bagi menghadapi mati. Ramai yang membeli polisi insuran nyawa atau kemalangan berbanding membuat persediaan menghadapi hari mati.






Di dalam Surah Al-Baqarah ayat 95, Allah telah menceritakan gelagat orang-orang Yahudi yang hidup melakukan dosa dan tidak memikirkan sangat soal mati. Firman Allah, “Dan sudah tentu mereka tidak akan mencita-citakan mati itu selama-lamanya, dengan sebab dosa-dosa yang telah mereka lakukan; dan Allah sentiasa mengetahui akan orang-orang yang zalim itu.”








Menurut Abdullah Bin Umar, Rasulullah s.a.w. telah bersabda, “Sesungguhnya hati-hati ini akan berkarat sebagaimana besi berkarat apabila terkena air.” Beliau lalu ditanya, “Ya Rasulullah, apakah penggilapnya?” Rasulullah bersabda, “Banyak ingatkan maut dan membaca Al-Quran.” [1]

Wallahu’alam.












Apakah yang Rasulullah saw lakukan selepas bangun dari tidur?



Segala puji bagi Allah swt serta selawat dan salam ke atas baginda Rasulullah saw. Di atas jasanya, kita mendapat nikmat Iman dan Islam pada hari ini. Salah satu bukti cinta kita terhadapnya ialah dengan mencontohi sunnahnya dalam kehidupan kita seharian.


Pada kali ini saya ingin menghuraikan sebuah tajuk yang agak penting bagi kita selaku mukmin yang cinta terhadap sunnah nabinya saw. Tajuknya ialah apakah yang Baginda saw lakukan selepas bangun dari tidur, pada hemat saya, ia adalah tajuk yang mudah dan penting untuk kita amalkan bersama dengan izin Allah swt.


Tidur merupakan fitrah manusia, jika manusia tidak tidur, sudah tentu manusia akan mati. Tidur juga adalah satu ibadah jika bersesuaian dengan caranya, maka ia akan mendapat ganjaran yang besar daripada Allah swt, hanya dengan tidur manusia mendapat ganjaran daripada Allah swt, maha suci bagi Allah, itulah maha penyayangnya Allah swt terhadap kita semua.


Jadi bagaimana Rasulullah saw bangun daripada tidur dan apa yang baginda lakukan, ini adalah huraian perbuatan Rasulullah saw ketika bangun dari tidur :


1. Selepas sahaja bangun dari tidur, baginda saw akan menyapu mukanya dengan tangan.


2. Kemudian baginda akan membaca 10 ayat yang terakhir daripada surah Ali-imran. 

Seperti apa yang disebut di dalam hadis yang bermaksud : Setelah Rasulullah saw bangun dari tidur, maka baginda duduk dan menyapu wajahnya dengan tangan , kemudian baginda saw membaca 10 ayat yang terakhir daripada surah Ali-imran. (Muttafaqun alaih)


3. Baginda saw berdoa :
الحمدلله الذي أحيانا بعدما أماتنا واليه النشور " متفق عليه"

Yang bermaksud : Segala puji bagi Allah menghidupkan setelah mematikan kami dan kepadanya akan dikembalikan. (Muttafaqun Alaih)


4. Baginda saw terus bersiwak (Berus gigi) dengan sempurna.

Dalam hadis yang bermaksud : Apabila Rasulullah saw bangun dari tidur, baginda akan membersihkan mulutnya dengan siwak. (Muttafaqun Alaih)


5. Baginda saw akan membasuh tangannya sebanyak 3 kali.

Rasulullah saw telah berkata : Apabila salah seorang daripada kamu bangun daripada tidur, maka basuhlah tangan kamu terlebih dahulu 3 kali sebelum memasukkan kedua-dua tangan di dalam bekas, kerana kamu tidak tahu di mana tangan kamu berada ketika sedang tidur. (Muttafaqun Alaih)


Kesimpulannya : Apabila Rasulullah saw bangun sahaja daripada tidur, maka baginda terus membaca ayat suci Al-quran serta memuji kebesaran Allah swt. Ini adalah satu contoh ikutan terbaik untuk kita amalkan pada setiap pagi. Kehidupan Rasulullah saw telah membuktikan bahawa setiap amalan kita selama sehari semalam adalah ibadah, seperti firman Allah swt yang bermaksud :

Dan (Ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaku. Adz-Dzariat ayat 56.

Semoga kita beroleh kekuatan untuk mengamalkannya.


Nota : Dipetik daripada buku (1000 sunnah dan sunnah pada waktu siang dan malam) oleh Majdi Fathi Al-kahil terbitan maktabah As-shofa.

:::[ Sejarah Dan Fadhilat Ayatul Kursi ]:::



Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid b Tsabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.


Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.


Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, insyaAllah, Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan. Untuk amalan kita semua.....


Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud: "Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya. Sabda baginda lagi; "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."


Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.


Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.


Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.


Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.


Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.


Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat.


Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.


Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.

sumber: Abdul Muhaimin Mukhtar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

uLiKe i lIkE

ULiKe i lIkE

Labels

My Blog List

Coretan yang lepas

get this widget here

....................................

Dia tahu yang dia itu tahu..
dia adalah bijak.... ikutilah dia.

Dia tidak tahu yang dia tahu..
dia kurang bijak... bimbinglah dia.

Dia tahu yang dia tidak tahu..
dia adalah bodoh.. ajarkan dia.

Dia tidak tahu yang dia tidak tahu..
Dia adalah bodoh sombong......
jauhilah dia.

Lelaki Soleh

1)Sentiasa taat kpd Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W.

2)Jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hidupnya.

3)Mati Syahid adalah cita-cita hidup yg tertinggi.

4)Sabar dalam menghadapi ujian dan cubaan dari Allah.
5)Ikhlas dalam beramal.

6)Kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupnya.

7)Sangat takut kepada ujian Allah dan ancamannya.

8)Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.

9)Zuhud dgn dunia tetapi tidak meninggalkannya.

10)Solat malam menjadi rutin harian.

11)Tawakal penuh kpd Allah dan tidak mengeluh kecuali kpd Allah Taala.

12)Selalu berinfaq baik dalam keadaan lapang mahupun sempit.

13)Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah di antara mereka.

14)Sangat kuat amar maaruf dan nahi mungkarnya.

15)Sangat kuat memegang amanah,janji dan kerahsiaan.

16)Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi kebodohan manusia,sentiasa saling mengingatkan sesama ikhwan dan tawadhu' penuh kpd Allah S.W.T.

17)Kasih sayang dan penuh pengertian kpd keluarga.

anda pengunjung ke

Tugas-tugas dan kewajipan lelaki soleh:

1)Mencari nafkah(belanja hidup)

2)Berjihad Fisabilillah.

3)Melindungi dan membela kaum yg lemah dan tertindas.

4)Memimpin,mendidik dan berlaku adil terhadap isteri.

CaBuTaN BeRtUaH

.......................................

KaLaM uKhuWaH


ShoutMix chat widget

Asma al-Husna

TeRkInI PaLeStIn

WeLcOmE To mY BlOg


WeLcOmE To mY BlOg


RuGi x cUbA

IsLaMiC CaLEnDaR


..:::::::: WaKtU SOlAt ::::::::..

Powered by Blogger.

Popular Posts

Followers